Wednesday, March 24, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 1A

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.😁


Bukan kacang sembarang kacang,

Kacang melilit kayu jati,

Bukan datang sembarang datang,

Datang menceritakan isi hati.


Nama saya Muhammad Firdaus Bin Saha'at. Saya berumur 22 tahun. Saya lahir di Hospital Mentakab, Temerloh. Saya merupakan anak ketiga daripada lima adik-beradik. Ibu saya bernama Rafiah bt Mohamed@Mohd Noh. Bapa saya pula Saha'at Bin Ali. Saya mempunyai seorang kakak dan seorang abang yang sedang bekerja serta mempunyai seorang adik lelaki dan seorang adik perempuan. Ibu saya merupakan seorang suri rumah manakala ayah saya seorang bekas tentera dan sekarang mereka berdua menghabiskan waktu bersama dengan mengusahakan kebun durian.

 Pendidikan awal saya bermula ketika saya berumur enam tahun di Tadika Kemas dan kemudiannya memasuki Sekolah Rendah Kebangsaan Lembah Klau, Raub. Di peringat menengah, saya melanjutkan pelajaran di Sekolah menengah Sains Tengku Abdullah, Raub. Seterusnya, saya mengambil STPM sebagai tiket untuk memasuki universiti awam dan sekarang saya berada di UPM. Cita-cita saya hanyalah ingin membawa kedua ibu bapa saya menaiki haji dan umrah, memberikan kehidupan yang mewah kepada mereka, menjaga mereka sehingga hujung nafas mereka. Walaupun saya tahu semua itu belum cukup untuk membalas jasa mereka. Saya tetap cuba yang terbaik. Selepas itu baru saya fikirkan mengenainya kerjaya tetap saya, jodoh dan sebagainya. Family come first. I rather die for them, i swear. 

Saya ingin memohon maaf kepada prof kerana tidak berjaya menghadiri kelas pada pagi hari khamis (25/3/2021). Saya tidur selepas subuh dan tersedar lewat pada jam 9 pagi. Saya sedia menerima hukuman daripada prof kerana kesalahan itu sengaja saya lakukan




                                                Muhammad Firdaus Bin Saha'at (201846)






No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.  NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5.  ASAS GRAFIK MUDAH 6.  ASAS GRAFIK WARNA ...