Wednesday, April 7, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 3-CERITA SOSIAL 2

Cerita Sosial 2

Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi, Penerbit UMT, Kuala Neru

Ringkasan:

    Bapa Alim pulang dari pasar dengan membawa buah-buahan yang dibeli dari pasar. Anaknya Alim, abang Imran, Kak Madihah dan Aisyah amat menggemari buah-buahan tempatan seperti rambutan. durian, buah manggis, buah langsat serta buah duku. Bapa menyuruh abang Imran memanggil kesemua adik-beradiknya serta ibunya sekali untuk makan buah tersebut bersama-sama. Madihah terkejut dan melompat manakala Aisyah pula berlari mendapatkan buah manggis. Ibu pula menyediakan bakul sampah. Tujuannya adalah supaya kulit buah-buahan tersebut dibuang di dalam tong sampah tersebut. Tujuannya juga adalah untuk mengelakkan rumah daripada kotor dan bersepah. Anaknya mengangguk kefahaman. Alim berasa ingin memberi buah tersebut kepada rakan dan juga merupakan jirannya, Sulaiman. Pesan ibu, kita hendaklah selalu berkongsi barang atau makanan oleh keranan itu merupakan perbuatan yang baik. Alim bertanyakan hal tersebut kepada ibu. Alangkah terkejutnya ibu dengan idea anaknya. Tidak disangka apa yang dipesan oleh ibu menjadi ingatan Alim. Ibu memuji Alim. Ibu mengasingkan buah-buahan tersebut di dalam plastik merah. Ibu memberi bungkusan tersebut kepada Alim. Buah itu harus diberikan kepada Sulaiman. Ibu memberitahu bahawa ibu ternampak Sulaiman di luar rumah. Sulaiman sedang menyiram bunga di halaman rumah. Di dalam plastik tersebut tterkandungnya buah rambutan dan buah manggis. Alim berlari mendapatkan Sulaiman. Bungkusan yang terkandung dengan buah-buahan itu diserahkan kepada Sulaiman. Sulaiman menerima bungkusan tersebut sambil melemparkan senyuman. Dia mengucapkan terima kasih kepada Alim. Alim berlari semula mendapatkan keluarganya sambil tersenyum puas. Alim memahami sifat berkongsi itu. Adik-beradiknya turut akan berkongsi makanan atau barang dengan Alim. Setelah selesai makan, Alim menolong Abang Imran, kak Madihah, ibu serta bapa mengemas rumah bersama-sama. Kerja Alim ialah membuang kulit buah-buahan yang telah dimakan ke dalam tong sampah. Alim membuang sampah tersebut ke dalam tong sampah besar di  hadapan rumah. Alim terserempak dengan Mak Cik Timah iaitu ibu kepada Sulaiman yang sedang menyapu lantai di luar rumah. Mak Cik Timah mengucapkan terima kasih kepada Alim kerana memberi buah-buahan kepada anaknya, Sulaiman. Alim membalas ucapan terima kasih tersebut. Alim memanjangkan celotehnya. Alim memberitahu bahawa Mak Cik Timah merupakan seorang yang baik, Pakcik Yaakub juga seorang yang baik. Alim memberitahu kita mestilah baik dengan jiran. Mak Cik Timah membalas celoteh Alim. Mak Cik Timah memuji Alim bahawa Alim merupakan seorang anak yang baik. Akan tetapi, raut wajah Mak Cik Timah sedang sedih ketika itu. Alim pun bertanya mengapa Mak Cik Timah bersedih. Mak Cik Timah memberitahu akan keadaannya. Beliau tidak sedih akan tetapi beliau gembira dengan sikap Alim yang baik dengan Sulaiman. Ketika itu Sulaiman sedang membasuh basikal kecilnya. Alim memberitahu dia sangat suka berkawan rapat dengan Sulaiman. Alim mengakui Sulaiman itu adalah kawannya. Dalam pada berkata sedemikian, Alim mengatur langkah pulang ke rumah sambil melambai-lambai ke arah Mak Cik Timah, lalu terus masuk ke dalam rumah. Mak Cik Timah masih lagi memandang ke arah Alim ketika Alim dalam perjalanan pulang menuju masuk ke dalam rumah. Mak Cik Timah berdoa akan kesihatan dan kesejahteraan Alim sekeluarga. 














 

No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.  NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5.  ASAS GRAFIK MUDAH 6.  ASAS GRAFIK WARNA ...