Wednesday, March 31, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 2-NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK

 

 Lima elemen asas grafik iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan.

 

1) Mudah

Elemen mudah merujuk kepada kemampuan seseorang memahami sesuatu mesej yang ditunjukkan di dalam gambar atau video. Elemen mudah menekankan kejelasan mesej yang diberikan dalam bentuk grafik tanpa berlakunya sebarang kekeliruan.

 

2)Warna

Elemen warna merujuk kepada kombinasi warna yang membentuk sebuah grafik dalam suatu gambar atau video. Kombinasi warna yang sesuai dalam sesebuah grafik adalah tidak lebih daripada tiga warna. Tetapi, tidak menjadi masalah serta kesalahan sekiranya sesebuah grafik dibentuk dengan melebihi tiga warna atau lebih. Grafik yang melebihi tiga warna kebiasaannya didapati di dalam foto ataupun video. Namun, ia perlulah bersesuaian dengan tema dan mesej yang hendak disampaikan dalam gambar atau video tersebut. Terdapat juga grafik yang mempunyai satu warna sahaja oleh kerana bersesuain dengan mesej yang hendak disampaikan

 

3) Teks

Teks merujuk kepada jenis dan saiz font yang dipilih. Elemen teks merupakan elemen yang penting dalam mempersembahkan sesuatu mesej. Hal ini dikatakan demikian kerana, pemilihan jenis dan saiz font perlulah sesuai supaya maklumat yang hendak disampaikan lebih jelas dan mudah. Selain daripada saiz dan jenis font, pemilihan warna pada font perlu dititikberatkan untuk memudahkan pembaca memahaminya. Penggunaan warna yang tidak sesuai akan membuahkan kekeliruan kepada pembaca.

 

 

 

 

4) Kesesuaian

Kesesuaian merujuk kepada penghasilan grafik yang bertepatan dengan latar masa, latar tempat dan latar watak. Jika latar berbeza dengan grafik, maka perkara ini akan menimbulkan kekeliruan kepada pembaca serta pembaca sukar untuk memahami mesej yang hendak disampaikan.

 

5) Keseimbangan

Keseimbangan pula merujuk kepada ruang yang seimbang dalam foto atau video. Ruang yang dimaksudkan adalah ruangan kiri dan kanan serta Keseimbangan merangkumi objek atau grafik disunting yang terdapat dalam gambar untuk menampakkan gambar yang diambil menjadi seimbang. Perkara ini ditekankan agar gambar atau grafik yang diambil menjadi kemas dan selesa untuk dilihat.

 

Sumber :

Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa: Penerbit Universiti Putra Malaysia, Selangor





No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.  NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5.  ASAS GRAFIK MUDAH 6.  ASAS GRAFIK WARNA ...