Wednesday, March 31, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 2-PENDEKATAN ANALISIS WACANA

 

Pendekatan Analisis Wacana

(Normaliza Abd Rahim,2018)

 

Pra-Andaian

1.     Intuisi

2.     Konteks

·       Penerimaan/Penafian

·       Keperluan

·       Perujukan

·       Anafora

·       Pengulangan

·       Kekaburan

·       Penegasan

Emosi

1.     Positif

2.     Negative

3.     Emosi bercampur

·       Perangai

·       Personaliti

·       Mood

·       Motivasi

Nilai dan Budaya

1.     Diri

2.     Masyarakat

3.     Adat

·       Jujur, ikhlas, baik hati, kasih saying, kerajinan, kesyukuran, kesederhanaan

·       Berdikari, hemah tinggi, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kesantunan

·       Hormat menghormati, Kerjasama, semangat bermasyarakat

·       Keadilan, kebebasan, rasional

Bahasa

1.     Bahasa pertama/kedua/ketiga

2.     Formal/tidak  formal

3.     Kesalahan bahasa

4.     Linguistik

Inferens

1.     Rumusan keseluruhan

2.     Rumusan topik perbincangan

3.     Penutup kata

 

 

            Pendekatan analisis wacana dapat dilihat melalui aspek yang pertama iaitu pra-andaian. Pra-andaian merupakan suatu perkara yang diamalkan dahulu sebelum permulaan garis hujah atau tindakan. Pra-andaian dibahagikan kepada dua aspek analisis iaitu intuisi dan konteks. Intuisi ataupun lebih dikenali sebagai gerak hati merupakan istilah kepada kemampuan untuk memahami sesuatu tanpa bantuan melalui pemikiran rasional dan intelektual. Pemahaman itu datang secara tiba-tiba . konteks pula dianalisis dari aspek penerimaan atau penafian, keperluan, perujukan, anaphora, pengulangan, kekaburan dan penegasan.

            Elemen yang kedua ialah emosi. Emosi lebih menggambarkan kepada perasaan seseorang seperti ceria, gembira, sedih, terkejut dan sebagainya. Emosi dibahagikan kepada dua aspek iaitu emosi positif dan negatif, dan emosi bercampur. Emosi dapat dilihat tindakannya melalui perangai, personaliti, mood dan motivasi diri yang dilihat dari luar,

            Seterusnya, elemen nilai dan budaya. Aspek ini dilihat menerusi diri, masyarakat serta adat. Hal ini berkait rapat nilai yang terkandung dalam falsafah pendidikan negara. Nilainya adalah seperti jujur, ikhkas, baik hati, kasih saying, kerajinan, kesyukuran, kesederhanaan berdikari, berhemah tinggi, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kesantunan, hormat menghormati, Kerjasama, semangat bermasyarakat, keadilan, kebebasan dan rasional.

            Selain itu, aspek bahasa. Elemen bahasa dipecahkan kepada tiga komponen iaitu bahasa pertama, bahasa kedua dan bahasa ketiga. Bahasa dikategorikan kepada dua bahagian iaitu bahasa formal dan bahasa tidak formal. Kesalahan bahasa dianalisis supaya nampak lebih kritis. Aspek linguistic turut dianalisis untk mendapatkan huraian yang lebih jelas dan padat.

            Akhir sekali, inferens. Inferens terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu rumusan keseluruhan, rumusan topik perbincangan serta penutup kata. Setiap aspek analisis hendaklah dibincang supaya dapat membentuk ujaran, teks serta tulisan yang lebih jelas dan lengkap.


Sumber:

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus.     










No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.  NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5.  ASAS GRAFIK MUDAH 6.  ASAS GRAFIK WARNA ...