ELEMEN 5: KESEIMBANGAN (GAMBAR SENDIRI)
Tema |
Panorama
Kampung |
Rujukan |
Gambar
sendiri |
Huraian |
Berdasarkan gambar di atas,
menunjukkan sebuah jalan kampung yang diimbangi dengan sawah padi di kiri dan
dan kanan. Selain itu, jalan tersebut di hiasi dengan langit yang biru
diimbangi dengan pokok padi yang menghijau di kiri dan kanannya. Terdapat
juga jalan raya berada di tengah-tengah gambar yang kedudukannya kelihatan
seimbang bagi sisi kiri dan kanan. Begitu juga dengan kedudukan teks yang
terdapat dalam gambar tersebut adalah seimbang pada kedudukannya. |
Tema |
Kanak-kanak |
Sumber |
Gambar sendiri |
Huraian |
Gambar tersebut menunjukkan seorang
kanak-kanak yang berdiri menghadap ke arah Taman Tasik Taiping. Kedudukan
kanak-kanak yang berada di tengah gambar telah mengimbangi ruang di kiri dan
kanan gambar. Penampakan langit yang membiru dan rumput hijau juga seimbang.
Bahkan, terdapat juga hamparan tasik yang seakan-akan menghijau disebabkan
pantulan dari kawasan sekeliling yang dipenuhi pokok. |
Tema |
Pendidikan |
Rujukan |
Gambar sendiri |
Huraian |
Foto ini memaparkan keseimbangan
yang sangat baik. Mercu tanda berada di tengah-tengah foto membantu
keseimbangan foto ini. Bukan itu sahaja, setiap ruang dalam foto ini juga
dipenuhi dengan baik. Kiri dan kanan foto ini seimbang kerana dipenuhi dengan
pemandangan langit yang biru. Selain itu, atas dan bawah foto ini juga
seimbang kerana di bahagian atas terdapat langit yang luas dan di bawah foto
dipenuhi dengan rumput. Oleh itu, foto ini sangat seimbang kerana setiap
ruang dipenuhi dengan semaksimum mungkin. |
Tema |
Seni Bina Bangunan |
Rujukan |
Gambar sendiri |
Huraian |
Berdasarkan
gambar tersebut, gambar yang diambil dapat menerangkan konsep keseimbangan
dalam pencahayaan di dalam gambar tersebut. Terdapat kawasan yang gelap dan
terdapat kawasan yang pencahayaannya cerah hasil daripada pancaran matahari.
Bangunan tersebut juga menggunakan fon dan warna teks yang dapat kontra
dengan warna putih bangunan. Selain itu, tiang di setiap tepi jalan juga
menunjukkan elemen keseimbangan keseluruhan di dalam gambar tersebut. Oleh
itu, gambar tersebut menunjukkan keseimbangan dari sudut pencahayaan, warna
font teks yang kontra dari warna latar belakang bangunan serta objek tiang
yang sama rata di dalam gambar. |
Tema |
Ketenangan |
Rujukan |
Gambar sendiri |
Huraian |
Berdasarkan
gambar yang dinyatakan, gambar diambil dan disunting untuk mencapai elemen
keseimbangan. Pemandangan suasana di pantai yang dipenuhi pengunjung di
tengah-tengah gambar menunjukkan titik keseimbangan pada gambar tersebut.
Begitu juga disebelah kanan terletaknya daratan yang dipenuhi pokok-pokok
yang bertentangan dengan laut dan ombak di sebelah kanan menjadikan gambar
tersebut seimbang. Kemudian dimasukkan elemen teks bagi memenuhi keseimbangan
kepada batu-batuan yang berada pada penjuru kiri belah bawah gambar. |
Tema |
Kediaman |
Rujukan |
Gambar sendiri |
Huraian |
Gambar
menunjukkan situasi di kolej kediaman. Keseimbangan dapat dilihat berdasarkan
imbangan pada kiri dan kanan gambar yang kelihatan seimbang. Hal ini
dibuktikan lagi dengan rekaan kolej kediaman yang kelihatan sama iaitu pintu
yang berada di hadapan antara satu sama lain. Teks yang diberikan juga
memberi makna kepada keberadaan aras tersebut iaitu aras tiga. |
Tema |
Pemandangan |
Sumber |
Gambar
sendiri |
Huraian |
Berdasarkan
gambar tersebut, ruang antara kiri dan kanan jalan kelihatan seimbang antara
satu sama lain. Hal ini kerana terdapat satu titik keseimbangan di penghujung
jalan menyebabkan reka letak antara pokok-pokok dan bukit-bukau serta
hamparan sungai dan sawah padi berada dalam keadaan yang seimbang. Keadaan
tipografi tersebut memberi kesan dalam penghasilan gambar ini. Oleh itu,
grafik ini mencapai elemen keseimbangan yang menjadikan pemandangan tersebut
lebih cantik. |
Tema |
Riadah |
Sumber |
Gambar
sendiri |
Huraian |
Dengan merujuk gambar tersebut, grafik
yang dipaparkan adalah seimbang. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap
ruang digunakan semaksimum yang mungkin dalam foto ini. Di sebelah kiri dan
kanan dipenuhi dengan dinding manakala atas dan bawah foto pula dipenuhi
dengan langit dan manusia yang sedang berbasikal. Maka dengan itu, foto ini
sangat seimbang. |
Tema |
Motivasi Diri |
Sumber |
Gambar sendiri |
Huraian |
Keadaan
gambar tersebut adalah sesuai dengan elemen keseimbangan. Sisi kiri dan kanan
gambar adalah sama luas. Gambar tersebut juga terang dan jelas oleh kerana
kualiti pencahayaan yang baik. Latar belakang gambar turut dipenuhi dengan
sekumpulan awan supaya gambar tidak kelihatan kosong. |
Tema | Pasu Bunga |
Rujukan | Gambar sendiri |
Huraian | Gambar
menunjukkan sebuah pasu bunga di atas meja. Keseimbangan dapat dibuktikan
apabila gambar tersebut iaitu pasu bunga kelihatan berada di tengah-tengah.
Keadaan jurugambar tersebut memberi kesan dalam penghasilan gambar ini. Ia
juga dilihat seimbang kerana ruang di kiri dan kanan mempunyai keluasan yang
sama. |
No comments:
Post a Comment