Sunday, April 4, 2021

BBM3410-2021-ASAS GRAFIK-KESEIMBANGAN-(INTERNET)-SANGGA BUANA

ELEMEN 5: KESEIMBANGAN (INTERNET)

 

 

 

Tema

Promosi Jualan

Rujukan

Google Image

Huraian

Dengan merujuk kepada gambar tersebut, grafik yang dihasilkan adalah seimbang. Hal ini merujuk kepada pada kedudukan sisi kiri dan kanan serta atas dan bawah grafik tersebut mempunyai ukuran yang sama. Selain itu, templet yang diletakkan bersama tulisan di dalamnya juga menepati elemen keseimbangan. Oleh hal yang demikian, gambar tersebut kelihatan tersusun dan mudah dibaca serta difahami oleh pembaca.

 

 

 


 

Tema

Lukisan Seni Jalanan

Rujukan

Google Image

Huraian

Menurut gambar tersebut, terdapat elemen keseimbangan dalam penyusunan objek dalam gambar tersebut. Sebagai contoh, lukisan dinding dirapatkan ke arah kiri dan basikal memanjang ke arah kanan gambar. Perkara ini menjadikan keseluruhan gambar itu seimbang dari segi kedudukan objek yang di susun. Cara pengambilan  gambar tersebut menunjukkan elemen keseimbangan yang mengikuti rule of thirds. Selain itu, hasil daripada gambar ini kita dapat mengetahui kehidupan zaman dahulu seperti objek pintu dinding kayu dan basikal lama yang menjadi objek di dalam gambar tersebut hasil lukisan seni jalanan.

 





  

Tema

Matahari Terbenam

Sumber

Google Image

Huraian

Gambar tersebut mencapai elemen keseimbangan. Hal ini kerana kelihatan seorang gadis yang berada di tengah-tengah pantai telah menunjukkan titik keseimbangan pada gambar tersebut. Selain itu, dalam gambar tersebut juga terdapat pantulan di permukaan air menyebabkan gambar tersebut kelihatan seimbang antara atas dan bawah serta ruang antara kiri dan kanan. Oleh itu, keseimbangan dapat dicapai apabila objek berada di tengah-tengah bagi menjadikan grafik lebih menarik.

 

 

 

 

 


Tema

Mercu Tanda

Rujukan

Aplikasi Instagram

Huraian

Foto ini memaparkan keseimbangan yang sangat baik. Mercu tanda berada di tengah-tengah foto membantu keseimbangan foto ini. Bukan itu sahaja, setiap ruang dalam foto ini juga dipenuhi dengan baik. Kiri dan kanan foto ini seimbang kerana dipenuhi dengan pemandangan bukit-bukau. Oleh itu, foto ini sangat seimbang kerana setiap ruang dipenuhi dengan semaksimum mungkin.

 

 

 




Tema

Iklan Pakaian

Sumber

Google Image

Huraian

Gambar iklan pakaian yang dipaparkan bersesuaian dengan tema keseimbangan. Hal ini dibuktikan melalui keadaan sisi kiri dan kanan iklan adalah seimbang. Logo dan teks diletakkan di tengah-tengah iklan untuk menghasilkan elemen keseimbangan.  Pembaca akan lebih tertarik dengan iklan tersebut oleh kerana teratur dan kemas.

 






  

Tema

Rumah Ibadat

Rujukan

Aplikasi Pinterest

Huraian

Gambar menunjukkan sebuah masjid di Terengganu. Masjid tersebut dipanggil “Masjid Terapung” kerana ia dibina di atas air. Keseimbangan dapat dibuktikan apabila gambar tersebut kelihatan berada di tengah-tengah. Ia juga dilihat seimbang kerana ruang di kiri dan kanan mempunyai keluasan yang sama.

 

 


 



Tema

Landskap

Sumber

Google Image

Huraian

Gambar di atas menunjukkan landskap di suatu kawasan. Ruang di bahagian kiri dan kanan gambar adalah seimbang. Kedudukan jurugambar yang berada di tengah laluan telah mengimbangi ruang tersebut. Awan yang membiru serta penampakan tumbuhan yang menghijau turut menyerlahkan lagi elemen keseimbangan. Gambar landskap tersebut seimbang dan disampaikan dengan baik kepada audiens yang melihat. 

 

 




 

TEMA

Lambang Budaya atau Kepercayaan

RUJUKAN

Google Image

HURAIAN

Berdasarkan gambar di atas, menceritakan tentang “ying” dan “yang” menunjukkan tentang keseimbangan. Keseimbangan warna hitam dan putih dalam gambar tersebut. Garisan di dalam gambar tersebut juga menunjukkan keseimbangan. Begitu juga kedudukan teks dalam gambar tersebut yang berada pada penjuru kiri dan kanan memenuhi elemen keseimbangan. Seterusnya kedudukan logo di tengah-tengah gambar turut menampakkan titik keseimbangan pada gambar tersebut.

 


 


 

 

Tema

Seni Bina

Rujukan

Google Image

Huraian

Gambar di atas menunjukkan Jambatan Pulau Pinang yang berada di tengah-tengah lautan. Keseimbangan dapat dibuktikan apabila gambar tersebut berada di tengah-tengah. Keadaan jurugambar tersebut memberi kesan dalam penghasilan gambar ini. Ia juga dilihat seimbang kerana ruang di kiri dan kanan mempunyai keluasan yang sama. Begitu juga dengan keseimbangan di bahagian atas yang menunjukkan pemandangan langit yang cantik yang berwarna biru dan bahagian lautan yang luas yang berwarna biru kehijauan di bahagian bawah.



 


 

 

Tema

Pantulan

Sumber

Google Image

Huraian

Gambar tersebut mencapai elemen keseimbangan. Hal ini kerana kelihatan seorang pemuda yang berada di tengah-tengah pantai telah menunjukkan titik keseimbangan pada gambar tersebut. Selain itu, dalam gambar tersebut juga terdapat pantulan di permukaan air menyebabkan gambar tersebut kelihatan seimbang antara atas dan bawah serta ruang antara kiri dan kanan. Oleh itu, keseimbangan dapat dicapai apabila objek berada di tengah-tengah bagi menjadikan grafik lebih menarik.

 

No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.  NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5.  ASAS GRAFIK MUDAH 6.  ASAS GRAFIK WARNA ...