Sunday, April 4, 2021

BBM3410-2021-ASAS GRAFIK-MUDAH(gambar sendiri)-SANGGA BUANA

 

ELEMEN 1: MUDAH (GAMBAR SENDIRI)






Tema

Alat Permainan

Rujukan

Gambar sendiri

Huraian

Berdasarkan gambar yang dinyatakan, pembaca dapat memahami dengan mudah paparan gambar yang dinyatakan iaitu terdapat HAIWAN alpaca mainan di atas papan kekunci. Perkara yang ditekankan pada gambar tersebut adalah elemen mudah kelihatan lebih menonjol daripada elemen-elemen lain. Hal ini dikatakan demikian kerana, pembaca tidak perlu berfikir panjang untuk mentafsir apa yang ditunjukkan dalam gambar tersebut walau elemen teks dimasukkan pembaca masih boleh memahami secara tuntas. Oleh hal yang demikian, gambar tersebut lebih sesuai diletakkan dalam elemen mudah.

   









Tema

Persahabatan

Rujukan

Gambar sendiri

Huraian

 

Dengan melihat foto ini, audien dapat memahami dengan mudah bahawa foto ini menunjukkan satu persahabatan. Ia dapat dilihat melalui teks yang tertera. Bukan itu sahaja, istilah persahabatan juga dapat dilihat dengan mudah melalui ekspresi wajah mereka yang gembira dan mereka juga kelihatan rapat antara satu sama lain. Jelaslah bahawa, mesej grafik ini mudah difahami oleh audien.














Tema

Alam Sekitar

Rujukan

Gambar sendiri

Huraian

 

Gambar yang diambil menunjukkan keadaan parit yang kotor dan kering. Ia juga menunjukkan ketidakpedulian masyarakat terhadap parit yang telah kotor tersebut dan kelihatan semakin mengering. Audien juga dapat memahami bahawa gambar tersebut mengajar mereka supaya menjaga alam sekitar yang menjadi keperluan harian manusia. Penghayatan dalam penjagaan alam sekitar juga dapat diterapkan supaya audien tidak membuang sampah ke dalam saliran dan mencintai alam sekitar supaya dalam keadaan bersih dan terpelihara.










Tema

Alat Permainan Lego

Rujukan

Gambar sendiri

Huraian

Berdasarkan gambar alat permainan lego tersebut, dapat difahami bahawa ia menerangkan berkaitan situasi di lapangan terbang dengan adanya kapal terbang dan kereta mengangkut barang di kawasan kapal terbang tersebut. Gambar ini sangat mudah untuk difahami kerana hanya menggunakan elemen kapal terbang dan kereta mengangkut barang di sebelah kapal terbang lego tersebut. Apabila melihat sekali lalu kita dapat memahami bahawa gambar itu merujuk kepada situasi di kawasan lapangan terbang dengan hanya menggunakan dua objek alat permainan lego tersebut dapat menerangkan sesuatu keadaan atau situasi tempat.












Tema

Matahari Terbit

Sumber

Gambar sendiri

Huraian

Berdasarkan gambar diatas, pembaca dapat memahami dengan mudah hubungan di antara gambar dan ayat yang disertakan dalam gambar tersebut. Gambar tersebut yang dirakam saat matahari terbit berpadanan dengan kata-kata tersebut. Pembaca tidak perlu memikirkan adanya makna tersirat dalam ayat atau gambar tersebut. Gambaran matahari terbit itu melambangkan hadirnya hari yang baharu dalam kehidupan seseorang.








Tema

Haiwan Peliharaan

Rujukan

Gambar sendiri

Huraian

Berdasarkan gambar di atas, menceritakan seekor kucing peliharaan yang berwarna putih berada di dalam sangkar. Gambar ini memenuhi ciri-ciri elemen mudah difahami tanpa memerlukan sebarang penerangan. Hal ini dikatakan demikian kerana kucing sering dikaitkan dengan comel dan manja, bersesuaian dengan teks di atas. Oleh itu, foto ini menunjukkan bahawa seekor kucing peliharaan kerana berada dalam keadaan baik, cantik dan kemas.








Tema

Pondok Usang

Sumber

Gambar sendiri

 

Huraian

Gambar tersebut menunjukkan terdapat sebuah pondok usang yang berada di kawasan sawah padi. Dengan sekali imbas, pembaca dapat memahami dan mentafsir dengan mudah kegunaan pondok ini. Disebabkan pondok ini berada di kawasan sawah padi, sudah tentulah pondok ini merupakan tempat sementara untuk para petani berehat dan berteduh. Suasana di sekitar pondok ini juga kelihatan mendamaikan dan menenangkan seolah-olah boleh menjadi terapi bagi mengurangkan sedikit penat lelah para petani.









Tema

Motosikal Kesayangan

Sumber

Gambar sendiri

Huraian

Elemen yang wujud di dalam gambar tersebut ialah elemen mudah. Apabila melihat gambar tersebut, secara tidak langsung otak kita akan memberikan maklumat bahawa gambar tersebut merujuk kepada sebuah kenderaan iaitu sebuah motosikal. Bukan itu sahaja, audien juga dapat mengetahui nama bagi motosikal tersebut. Oleh itu, foto di atas mudah untuk difahami.












Tema

Bunga Matahari

Rujukan

Gambar sendiri

Huraian

Berdasarkan gambar yang dinyatakan, pembaca dapat memahami dengan mudah paparan gambar yang dinyatakan iaitu terdapat sekuntum bunga matahari berwarna merah jambu. Perkara yang ditekankan pada gambar tersebut adalah elemen mudah kerana kelihatan lebih menonjol daripada elemen-elemen lain. Hal ini dikatakan demikian kerana, audien juga tidak perlu berfikir panjang untuk mentafsir objek yang ditunjukkan dalam gambar kerana tertera teks “Bunga Matahari Liar”. Oleh hal yang demikian, gambar tersebut lebih sesuai diletakkan dalam elemen mudah.










Tema

Hadiah

Sumber

Gambar sendiri

Huraian

Elemen yang dipaparkan oleh gambar tersebut ialah elemen mudah. Hal ini kerana penggunaan teks seperti ‘Happy Birthday’ yang menerangkan bahawa ianya merupakan hadiah untuk hari lahir seseorang. Apabila melihat gambar tersebut, secara tidak langsung otak kita akan memikirkan hadiah. Makanya, gambar ini sesuai dengan elemen mudah.










































No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.  NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5.  ASAS GRAFIK MUDAH 6.  ASAS GRAFIK WARNA ...