ELEMEN
2: WARNA (INTERNET)
Tema |
Poster |
Rujukan |
Google Image |
Huraian |
Berdasarkan
poster yang dinyatakan, grafik yang dihasilkan dalam poster tersebut memenuhi
elemen warna yang tidak terlalu berlebihan. Elemen yang warna diterapkan
dalam poster tersebut adalah wajar kerana tidak lebih daripada tiga warna.
Hal ini membolehkan poster yang dihasilkan bukan sahaja menarik, tetapi
mesejnya lebih mudah difahami berbanding poster yang mempunyai banyak warna.
Namun, penyesuaian elemen warna pada poster bergantung kepada mesej yang
hendak disampaikan dan tidak menjadi kesalahan sekiranya elemen warna pada
poster dihasilkan melebihi tiga warna. |
Tema |
Pemandangan |
Rujukan |
Aplikasi Instagram |
Huraian |
Grafik
yang ditunjukkan di atas memenuhi elemen warna. Hal ini dikatakan demikian
kerana, pemandangan yang dilihat dari udara ini menunjukkan kombinasi warna
yang menarik dan cantik. Warna air yang kebiruan dan bukit-bukau yang
menghijau menimbulkan lagi warna yang menarik bagi grafik ini. Warna yang
menarik dalam grafik ini menimbulkan rasa tenang kepada audien. |
Tema |
Alam Sekitar |
Rujukan |
Aplikasi Pinterest |
Huraian |
Grafik
yang ditunjukkan di atas memenuhi elemen warna. Hal ini dapat dibuktikan
daripada kepelbagaian warna yang digunakan bagi menimbulkan keharmonian alam
sekitar. Campuran warna hijau dan warna-warni bunga menambahkan keindahan
pemandangan tersebut. Ia juga memberikan ketenangan kepada audien dan lebih
menjadi seorang yang mesra alam. |
Tema |
Sungai |
Rujukan |
Google
Image |
Huraian |
Elemen
warna dalam foto sungai tersebut mengikut elemen grafik warna yang tidak
melebihi tiga warna dalam satu masa. Air sungai yang warnanya biru kehijauan
ditambahkan warna coklat kayu dan tanah serta kehijauan daun pokok cukup
menimbulkan satu grafik warna yang tenang dan mendamaikan dalam foto
tersebut. Elemen warna yang tidak serabutkan penglihatan serta kontra warna
yang bersesuaian. Oleh itu, elemen warna sangat dinamik dalam foto ini. |
Tema |
Pemandangan
|
Rujukan |
Aplikasi
Twitter |
Huraian |
Berdasarkan gambar di atas,
gabungan elemen warna biru langit dan hijau rumput memenuhi ciri-ciri elemen
asas grafik warna kerana tidak melebih tiga jenis warna. Gambar di atas juga
tidak merumitkan untuk penonton menikmati pemandangan keseluruhan sebuah
stadium yang berpengkalan di London, United Kingdom iaitu pasukan bolasepak
Chelsea FC. Bukan itu sahaja, warna-warna dalam foto ini bersesuaian dan
berkait antara satu sama lain. Oleh itu, foto ini memenuh elemen warna. |
Tema |
Ruang
Kediaman |
Sumber |
Google Image |
Huraian |
Gambar yang dipaparkan adalah kawasan
ruang tamu sebuah rumah. Konsep yang dibawakan dalam hiasan ruang tamu
tersebut adalah konsep minimalis. Konsep minimalis merupakan sebuah konsep
yang ringkas, teratur dan tidak memerlukan perabot dan perincian yang banyak.
Warna cat yang digunakan adalah warna yang bersifat neutral seperti gabungan
putih, hitam dan coklat. Dalam gambar tersebut, penghias rumah ini menggunakan
gabungan warna putih, coklat dan sedikit warna kelabu. Konsep ini juga dapat
mewujudkan ketenangan untuk penghuninya. |
Tema |
Filem
Inggeris |
Sumber |
Google
image |
Huraian |
Berdasarkan poster filem tersebut,
terdapat tiga warna sahaja yang digunakan iaitu merah, hitam dan kuning.
Pemilihan warna tersebut memberi kesan terhadap mesej yang disampaikan. Filem
yang bertajuk “The Dark Knight Rises” ini membolehkan pembaca memahami dengan
baik dan jelas disebabkan warna pada tulisan tersebut terang kerana berlatar
belakang hitam. Oleh itu, pemilihan warna yang tepat dan sesuai dengan mesej
dapat menjadikan grafik tersebut berkesan. |
Tema |
Iklan Minuman |
Sumber |
Google Image |
Huraian |
Elemen
yang hadir di dalam iklan minuman tersebut adalah elemen warna. Hal ini
dibuktikan dengan penggunaan warna yang tidak berlebihan daripada tiga warna.
Hal ini membantu pembaca memahami iklan tersebut dengan lebih mudah. Makanya,
maklumat yang cuba disampaikan oleh papan tanda tersebut tercapai. |
Tema |
Bunga Raya |
Rujukan |
Google
Image |
Huraian |
Grafik
yang ditunjukkan di atas memenuhi elemen warna. Hal ini dapat dibuktikan
daripada kepelbagaian warna yang digunakan bagi menimbulkan keharmonian alam
sekitar. Campuran warna hijau dan merah bunga menambahkan keindahan
pemandangan tersebut. Ia juga memberikan ketenangan kepada audien dan lebih
menjadi seorang yang mesra alam. |
No comments:
Post a Comment