ELEMEN 3: TEKS (GAMBAR INTERNET)
Tema |
Papan Iklan |
Rujukan |
Google Image |
Huraian |
Berdasarkan
papan iklan yang dinyatakan, mesej yang hendak disampaikan adalah jelas dan
mudah difahami. Hal ini dikatakan demikian kerana, jenis dan saiz font yang dipilih ada sesuai dengan
mesej yang hendak disampaikan. Begitu juga dengan pemilihan warna pada teks
yang sesuai sehingga membolehkan maklumat ditafsir dengan jelas oleh pembaca.
Oleh hal yang demikian, pemilihan jenis, saiz dan warna font merupakan satu perkara yang penting dalam menghasilkan
grafik supaya maklumat yang disampaikan jelas dan tidak mengalami kekaburan
makna. |
Tema |
Poster |
Rujukan |
Aplikasi Instagram |
Huraian |
Penggunaan teks
dalam poster ini sangat menarik dan bersesuaian. Jenis teks yang terdapat
dalam foto di atas mudah untuk dibaca dan bersesuaian dengan mesej yang
hendak disampaikan . Bukan itu sahaja, teks yang tertera juga jelas dan
bersesuaian dengan latar serta grafik lain yang terdapat dalam foto ini.
Pemilihan teks yang menarik dan bersesuaian membantu dalam menyampaikan
maklumat yang berkesan kepada audien. |
Tema |
Minuman Bertenaga |
Rujukan |
Google Image |
Huraian
|
Teks yang bertulis di foto tersebut ringkas menerangkan
berkaitan fungsi ataupun pengetahuan orang atau masyarakat berkaitan minuman Nestle Milo merujuk kepada air minuman
Milo yang dikenal minuman memberi bekalan tenaga yang penuh dan sarat dengan khasiat
vitamin dan mineral serta malt coklat. Teks dalam gambar tersebut mudah dan
ringkas serta mudah untuk orang mengetahui berkaitan minuman Milo tersebut. |
Tema |
Kata-kata
Kehidupan |
Rujukan |
Google Image |
Huraian |
Penggunaan teks dalam
grafik di atas menunjukkan kesepadanan di antara latar dan teks tersebut.
Grafik tersebut berlatarkan kertas contengan warna yang pelbagai untuk
menunjukkan kesenian yang mengandungi pelbagai warna. Teks “Hidup adalah seni
gambar tanpa satupun penghapu”’ membawa makna segala yang terjadi tidak boleh
dipadamkan. Begitu juga perlambangan yang digunakan dalam grafik tersebut
iaitu alat lukisan yang mempunyai warna dan kertas lukisan yang dipenuhi
warna. Namun, tiada penghapus seperti pemadam untuk menghapuskan kesan
contengan yang telah berlaku dalam grafik tersebut. |
Tema |
Motivasi |
Rujukan |
Aplikasi Pinterest |
Huraian |
Gambar menunjukkan kata-kata motivasi bagi seseorang untuk
terus bersenam. Teks yang ditonjolkan memberi kesedaran kepada audien untuk
terus fokus kepada impian dan jangan berputus asa. Figura yang ditunjukkan
juga mempunyai kaitan yang bermakna kepada teks. Figura yang sedang berlari
ke hadapan menggambarkan maksud teks tersebut yang berpesan kepada audien
supaya sentiasa fokus kepada impian yang berada di hadapan mereka. |
Tema |
Iklan Produk |
Rujukan |
Gambar sendiri |
Huraian |
Berdasarkan gambar di atas tulisan merah tersebut membantu
penonton untuk melihat dengan jelas. Selain itu, walaupun tulisan pendek
ringkas dan padat tetapi penyampaiannya sampai kepada penonton. Gambar kerusi
itu juga memainkan peranan dalam menceritakan lagi
tentang perabot di IKEA. Oleh itu, teks pada gambar ini
sangat membantu dalam mempromosi produk itu kepada audien. |
Tema |
Poster COVID-19 |
Rujukan |
Google Image |
Huraian |
Berdasarkan
poster tersebut, mesej yang ingin disampaikan sangat jelas dan dapat difahami
dengan baik. Hal ini kerana penggunaan teks yang ringkas dan padat itu
memudahkan pembaca untuk memahaminya. Saiz dan warna font juga memainkan
peranan yang penting dalam keberkesanan poster ini. Dalam poster itu,
perkataan yang ingin ditekankan itu menggunakan huruf besar dan warna yang
terang iaitu warna merah. Oleh itu, teks tersebut berkesan dalam menarik
perhatian pembaca. |
Tema |
Pencuci Pakaian |
Rujukan |
Google Image |
Huraian |
Berdasarkan
poster berikut, penggunaan teks adalah mudah, ringkas dan senang difahami.
Mesej yang disampaikan juga adalah padat. Penggunaan warna yang cerah juga
menarik audien untuk melihatnya. Info yang diberikan dalam poster pencuci
pakaian keluaran INAS Global Sdn, Bhd. tersebut juga adalah secara
terperinci. Hal ini dapat memudahkan audien untuk
mendapat info yang jelas. |
Tema |
Iklan Jenama
Telefon Pintar |
Rujukan |
Google
Image |
Huraian |
Berdasarkan
iklan telefon pintar tersebut, mesej yang hendak disampaikan adalah jelas.
Jenis, saiz serta kedudukan font adalah jelas dan tidak mengelirukan pembaca.
Warna font juga terang dan senang untuk dilihat. Oleh itu, kesesuaian saiz
dan jenis font hendaklah ditekankan untuk menimbulkan lagi maklumat yang
terdapat di dalam sesebuah gambar. |
Tema |
Iklan McDonald |
Rujukan |
Google
Image |
Huraian |
Berdasarkan gambar di atas, kita dapat menganggap ia
merupakan sebuah promosi iklan burger di restoran makanan segera. Teks yang
ditunjukkan telah mendominasikan poster tersebut sebagai promosi sebuah
burger. Poster tersebut jelas menunjukkan “Spicy Korean Burger Buy 1 Free 1 Deal” bagi
promosi yang dilakukan oleh restoran makanan segera tersebut. Kontra terhadap
warna ilustrasi hidangan dan warna latar belakang telah menonjolkan gambar
hidangan tersebut yang dapat difahami oleh khalayak. |
No comments:
Post a Comment