ELEMEN 3: TEKS (GAMBAR SENDIRI)
Tema |
Sayur-sayuran |
Rujukan |
Gambar sendiri |
Huraian |
Foto di atas
memaparkan teks yang jelas dan tidak sarat. Pemilihan teks yang ringkas dan
menarik telah menarik minat audien untuk membaca mesej yang ingin
disampaikan. Meskipun mesejnya sangat ringkas, ia dapat difahami dengan mudah
kerana pemilihan teks yang ringkas dan berkesan. Oleh itu, teks yang digunakan
sesuai dan berkesan. |
Tema |
Pemandangan Alam Semula Jadi |
Rujukan
|
Gambar sendiri |
Huraian |
Teks “ Gua Kelam Perlis Malaysia” yang diletakkan di batu
dalam gambar tersebut menjelaskan di manakah tempat pemandangan gambar
tersebut. Font teks yang berwarna
putih menonjolkan teks teks tulisan tersebut kerana latar belakangnya yang
agak sedikit gelap. Oleh itu, teks tersebut dapat dilihat dan jelas untuk
difahami orang di mana keberadaan gambar pemandangan tersebut. |
Tema |
Bunga |
Rujukan |
Gambar sendiri |
Huraian |
Gambar yang dipaparkan merupakan gambar
sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai Gypsophila atau Baby Breath. Teks yang
digunakan iaitu ‘Everlasting love and
purify’ menunjukkan kasih sayang yang berpanjangan dan suci yang
dilambangkan oleh bunga Baby Breath ini. Hal ini terbukti apabila bunga ini
sering dijadikan gubahan untuk majlis perkahwinan dan sebagai hadiah untuk
kelahiran bayi. Bunga ini juga sering digunakan untuk menzahirkan rasa kasih
sayang antara manusia. |
Tema |
Kenderaan |
Rujukan |
Gambar sendiri |
Huraian |
Gambar motor di atas yang disunting dengan menambah elemen
teks pada gambar tersebut memenuhi elemen teks seperti yang ditetapkan. Hal
ini dikatakan demikian kerana, penambahan teks pada gambar tersebut memberi
persepsi kepada motor yang dinyatakan dalam gambar tersebut. Teks “125zr,
penuh gaya dan versatile” memberi mesej berkenaan penggayaan motor jenis
125zr penuh gaya dan elegan. Teks dihias dengan jenis font yang menarik supaya pembaca merupakan peminat kepada sukan permotoran
tertarik untuk turut serta menggayakan motor mereka. |
Tema |
Kampung Halaman |
Rujukan |
Gambar sendiri |
Huraian |
Gambar menunjukkan suasana kampung halaman. Bagi individu
yang merantau jauh pastinya berasa rindu akan kampung halaman. Berdasarkan
teks yang ditunjukkan dalam gambar, ia menerangkan satu mesej kepada audien
tentang kerinduan terhadap kampung halaman sekiranya seseorang itu merantau
jauh. Teks yang diberikan sangat berketepatan dengan gambar yang menunjukkan
situasi di kampung halaman. |
Tema |
Produk Makanan |
Rujukan |
Gambar sendiri |
Huraian |
Berdasarkan
gambar di atas, tulisan warna merah memainkan peranan penting bagi tujuan
mempromosikan produk. Gambar ini juga menunjukkan bahawa tulisan memainkan
peranan dalam memberikan maklumat tentang perisa yang terdapat di dalam
produk makanan tersebut. Teks yang
digunakan juga kelihatan jelas dan menarik minat audiens untuk membeli produk
tersebut. Mesej yang disampaikan pada produk tersebut berjaya disampaikan
menerusi teks yang digunakan. |
Tema |
Kata
Motivasi |
Rujukan |
Gambar
sendiri |
Huraian |
Berdasarkan gambar tersebut, teks yang digunakan sangat
ringkas dan sesuai dengan maksud yang
ingin disampaikan. Mutiara kata daripada Agnes Jessica berkenaan dengan
analogi kehidupan ibarat lukisan ini dapat disampaikan dengan baik kepada
audien melalui beberapa cara. Jadi, dalam grafik ini, penggunaan saiz dan
jenis font yang berbeza menyebabkan teks pada gambar tersebut lebih menonjol
kerana latar belakangnya yang agak kabur. Selain itu, pemilihan warna juga
memainkan peranan penting dalam menghasilkan sesuatu grafik. Oleh itu,
kesemua ini merupakan cara untuk menyampaikan makna teks yang ditambah dalam
grafik. |
Tema |
Pemandangan |
Rujukan |
Gambar sendiri |
Huraian |
Berdasarkan gambar di atas, elemen teks yang
ditunjukkan memberi maksud yang jelas dan berkaitan dengan kawasan yang
ditujukan. Warna dalam gambar ini juga menunjukkan suasana matahari terbenam
di Bukit Ekspo, Univesiti Putra Malaysia. Audien juga dapat memahami dan
mengetahui tempat ini berdasarkan teks yang dipaparkan. Oleh itu, teks pada
gambar ini sangat membantu dalam pemahaman dan penghayatan gambar. |
Tema |
Buah-buahan |
Rujukan |
Gambar sendiri |
Huraian |
Gambar buah tersebut disunting dengan menambah teks untuk
memenuhi elemen teks. Saiz font yang dipilih adalah sesuai dan senang untuk dibaca. Jenis font yang
dipilih juga bersesuaian. Orang yang tidak mengenali jenis buah durian
tersebut akan dibantu oleh font yang tertera di gambar. Oleh itu, teks amat
membantu dalam penyampaian sesebuah maklumat yang terdapat di dalam gambar. |
Tema |
Papan Iklan |
Rujukan |
Gambar sendiri |
Huraian |
Berdasarkan papan iklan tersebut, terdapat tiga warna
sahaja yang digunakan iaitu hijau, hitam dan putih. Pemilihan warna tersebut
memberi kesan terhadap iklan yang ingin disampaikan. Iklan yang ditonjolkan
ini membolehkan pembaca memahami dengan baik dan jelas disebabkan warna pada
tulisan tersebut terang kerana berlatar belakang hijau gelap. Oleh itu,
pemilihan warna yang tepat dan sesuai dengan mesej dapat menjadikan grafik
tersebut berkesan. |
No comments:
Post a Comment