Sunday, April 4, 2021

BBM3410-2021-ASAS GRAFIK-KESESUAIAN-(gambar sendiri)-SANGGA BUANA

 

ELEMEN 4: KESESUAIAN (GAMBAR SENDIRI)

 

 

Tema

Produk Wangian

Sumber

Gambar sendiri

Huraian

Gambar yang dirakam merupakan produk wangian yang dihasilkan oleh syarikat The Body Shop yang diimport dari Perancis. Wangian Atlas Mountain Rose ini mempunyai haruman seumpama kekayuan dan wangian mawar yang menyerlahkan lagi sisi elegan setiap wanita. Gambar ini telah dirakam dengan berlatarbelakangkan flora iaitu gambaran pokok-pokok sebagai latar belakang dan penggunaan bunga mawar di kiri dan kanan produk. Latar tempat yang terkandung dalam gambar ini ialah sebuah taman rekreasi yang mempunyai unsur tumbuhan. Pemilihan latar tempat, bahan rangsangan iaitu bunga dan juga pemilihan frasa ‘Elegance with Woody-Rose scent’ telah berjaya mengetengahkan elemen kesesuaian dalam gambar tersebut.

 

                        

 

 

 

Tema

Panorama di Kampung

Sumber

Gambar sendiri

Huraian

Gambar tersebut bertemakan panorama di kampung. Pemandangan yang terbentang luas itu sangat cantik umpama sebuah lukisan yang begitu mempesonakan. Langit yang cerah bertemankan sungai dan sawah padi yang menghijau di kiri dan kanan jalan pula menggambarkan suasana di kampung yang sangat tenang dan mendamaikan. Oleh itu, pemilihan latar tempat tersebut memenuhi elemen kesesuaian dengan tema yang diberikan.



 

 

 

 

 

Tema

Persekolahan

Rujukan

Gambar sendiri

Huraian

Gambar yang dinyatakan tersebut bersesuaian dengan tema yang dikaitkan dengan persekolahan. Hal ini dikatakan demikian kerana, gambar tersebut memaparkan keadaan pelajar STPM yang sedang menjawab soalan peperiksaan di dalam dewan. Selain itu, elemen teks yang memaparkan nama sekolah ditambah pada gambar tersebut bersesuaian dengan keadaan dan suasana ketika peperiksaan seperti yang digambarkan dalam gambar. Oleh hal yang demikian, gambar tersebut diambil dan disunting menepati elemen kesesuaian. 



 

 




Tema

Pemandangan

Rujukan

Gambar sendiri

Huraian

Foto di atas bersesuaian dengan tema pemandangan. Hal ini dikatakan demikian kerana foto di atas memaparkan suasana suatu pemandangan. Bukan itu sahaja, ia juga dikatakan sesuai kerana berkait dengan teks yang dipaparkan iaitu “Kolej Serumpun, UPM”. Oleh itu, foto ini bersesuaian kerana pemandangan dan teks berkait antara satu sama lain.








Tema

Mercu Tanda

Rujukan

Gambar sendiri

Huraian

Gambar menunjukkan  mercu tanda yang berada di Kuala Lumpur, Malaysia. Mercu tanda tersebut termasuklah Menara Berkembar Petronas (KLCC) dan “Saloma Bridge”. Ini juga merupakan kebanggaan rakyat Malaysia sehingga kini kerana KLCC merupakan antara menara tertinggi di dunia. Kesesuaian yang terdapat dalam gambar ini ialah latar tempat yang menunjukkan mercu tanda kebanggaan rakyat Malaysia.

 

 

 



Tema 

Taman Tema / Theme park

Rujukan 

Gambar sendiri

Huraian 

Gambar berikut menunjukkan kesesuaian dengan taman tema. Hal ini kerana, latar belakang foto menunjukkan satu latar tempat yang terdapat pokok bunga dan seni bina bangunan seperti di Taman Tema Walt Disney. Selain itu, watak yang digunakan iaitu kanak-kanak bersesuaian dengan tema tersebut kerana kanak-kanak amat menggemari taman tema. Oleh itu, gambar berikut secara keseluruhannya bersesuaian dengan tema yang dipilih iaitu taman tema.

 

 

 




Tema

Permainan Sukan Ragbi

Rujukan

Gambar Sendiri

Huraian

Gambar di atas, menunjukkan satu perlawanan sukan ragbi yang sedang dijalankan. Latar tempat yang dirakam dalam gambar tersebut ialah padang ragbi yang berumput hijau. Tiang gol ragbi juga turut kelihatan di dalam gambar tersebut. Kemudian, watak yang dirakam juga melibatkan beberapa orang pemain ragbi dan seorang pengadil. Maka, keadaan ini menjelaskan lagi elemen kesesuaian dalam gambar tersebut tentang permainan sukan ragbi. 

 

 

 



Tema

Sukan

Sumber

Gambar Sendiri

Huraian

Gambar sukan yang dipilih bertepatan dengan tema kesesuaian. Dibuktikan melalui latar masa iaitu latar masa perlawanan ragbi sedang berlangsung. Latar tempat yang wujud diterangkan melalui perlawanan itu sedang berlangsung di padang Uniten. Watak yang terlibat dalam gambar tersebut ialah pemain ragbi. Gambar ini telah menunjukkan elemen kesesuaian melalui watak, latar masa dan latar tempat yang bertepatan.

 






Tema

Perkahwinan

Rujukan

Gambar sendiri

Huraian

Gambar yang dinyatakan tersebut bersesuaian dengan tema yang dikaitkan dengan perkahwinan. Hal ini dikatakan demikian kerana, gambar tersebut memaparkan tentang sebuah keluarga yang sedang bergambar sebagai tanda kenangan untuk masa hadapan. Selain itu, elemen teks yang memaparkan nama pengantin ditambah pada gambar tersebut bersesuaian dengan keadaan dan suasana ketika perkahwinan seperti yang digambarkan dalam gambar. Gambar tersebut dirakam di pelamin yang menjadi latar tempat dan ia bersesuaian dengan konsep perkahwinan. Oleh hal yang demikian, gambar tersebut diambil dan disunting menepati elemen kesesuaian. 



 

 



Tema 

Suasana Pagi

Sumber 

Gambar sendiri 

Huraian 

Berdasarkan gambar di atas, dapat dilihat ia memenuhi elemen kesesuaian kerana gambar itu berkesinambungan dengan latar masa iaitu pada waktu pagi yang memperlihatkan langit yang membiru dan cahaya matahari yang mula terbit. Penggunaan teks ‘Selamat Pagi” juga berkait dengan gambar matahari terbit. Bagi aspek latar tempat pula, kawasan pantai telah dipilih agar suasana matahari terbit ini dirakam dengan lebih sempurna. Oleh itu, apabila kesemuanya saling berkaitan, maka ia memenuhi elemen kesesuaian.

No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.  NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5.  ASAS GRAFIK MUDAH 6.  ASAS GRAFIK WARNA ...