LEMEN 4: KESESUAIAN (INTERNET)
Tema |
Minuman |
Sumber |
Google Image |
Huraian |
Gambar yang dipaparkan ialah iklan minuman Nescafe
yang disertakan frasa ‘Bangkitkan semangat pagi dengan Nescafe’. Jika dilihat
dari aspek latar masa dalam gambar tersebut, ia merupakan latar masa sewaktu
matahari terbit. Hal ini dibuktikan dengan keadaan langit biru dan matahari
yang mula memancarkan sinar paginya. Gambar ini menunjukkan elemen kesesuaian
dari segi pemilihan latar masa yang menunjukkan suasana permulaan pagi
seperti mana yang tertulis dalam gambar tersebut. |
Tema |
Binatang Ternakan |
Sumber |
Google Image |
Huraian |
Elemen yang wujud dalam gambar tersebut adalah
elemen kesesuaian. Hal ini dibuktikan dengan keadaan kawasan yang berlumpur
iaitu sesuai dengan kawasan ternakan kerbau. Terdapat juga watak dalam gambar
tersebut iaitu seorang kanak-kanak sedang menaiki badan kerbau tersebut.
Kanak-kanak dalam gambar itu merupakan tuan kepada haiwan tersebut. Gambar
tersebut secara tidak langsung menekankan aspek kesesuaian. |
Tema |
Tempat
pelancongan |
Sumber |
Google
Image |
Huraian |
Dalam
gambar yang dipaparkan, latar tempat yang wujud ialah Dataran Helang,
Langkawi, Kedah. Dataran Helang merupakan tempat tumpuan utama yang telah
menjadi satu kewajipan bagi kebanyakan pelancong yang datang. Hal ini kerana,
replika burung helang tersebut merupakan mercu tanda yang menjadi daya
tarikan di Pulau Langkawi. Selain itu, latar masa yang digunakan dalam gambar
tersebut adalah waktu pagi seperti yang ditunjukkan iaitu adanya gugusan awan
dan langit biru bagi menggambarkan suasana yang mendamaikan pada waktu pagi.
Bagi watak pula, gambar tersebut menunjukkan sekumpulan pelancong yang
mengambil peluang untuk bergambar dengan replika burung helang itu. Oleh itu,
latar tempat, masa dan watak yang digunakan memenuhi elemen kesesuaian dalam
gambar tersebut. |
Tema |
Suasana Hari Raya |
Rujukan |
Google Image |
Huraian |
Berdasarkan gambar suasana hari raya yang dinyatakan
tersebut menepati elemen kesesuaian. Hal ini dikatakan demikian kerana,
terdapat lima orang yang masing-masing memakai baju raya yang lengkap
menggambarkan suasana sambutan hari raya. Ekspresi wajah yang ditunjukkan
oleh setiap watak menggambarkan keriangan hari raya tersebut. Selain itu,
elemen teks yang dinyatakan pada gambar tersebut adalah bersesuaian dengan
tema yang merujuk kepada suasana hari raya. Oleh hal yang demikian, gambar
tersebut jelas menyampaikan mesej berkenaan dengan keriangan hari raya di
kampung. |
Tema |
Poster Minuman |
Rujukan |
Aplikasi Instagram |
Huraian |
Foto di atas memenuhi elemen
kesesuaian. Hal ini dikatakan demikian kerana teks yang tertera dan gambar
seseorang memegang minuman dalam gambar di atas saling berkaitan antara satu
sama lain. Bukan itu sahaja, foto di atas juga memenuhi elemen kesesuaian
kerana poster yang ringkas dan jelas seperti ini sesuai digunakan untuk
mempromosi sesuatu barangan. Hasilnya, audien mudah memahami mesej yang ingin
disampaikan kerana setiap elemen yang terdapat dalam foto di atas sangat
bersesuaian. |
Tema |
Mercu Tanda |
Rujukan |
Aplikasi Pinterest |
Huraian |
Gambar menunjukkan sebuah mercu tanda di Paris yang
dipanggil “Eiffel Tower”. Ini merupakan menara yang menjadi kebanggaan rakyat
di Perancis. Teks yang ditunjukkan juga memberi kesan kepada gambar kerana
menjadi satu promosi kepada audien untuk melawat ke kawasan tersebut. “Paris
Is Always A Good Idea” menjadi asbab kepada audien untuk mengunjungi Paris kerana
ia merupakan perkara yang akan mendatangkan keseronokan sekiranya mereka
datang ke sana. |
Tema |
Permainan Tradisional |
Rujukan |
Google Image |
Huraian |
Gambar berikut berkaitan dengan maksud permainan
tradisional. Hal ini kerana, latar belakang foto tersebut berlatarbelakangkan
sebuah rumah papan di kampung dan terdapat pokok-pokok di sekitar rumah
tersebut serta aktiviti menarik upih oleh dua orang budak di dalam foto
tersebut. Mesej yang disampaikan dalam gambar tersebut bersesuaian dengan
tema yang hendak disampaikan iaitu berkaitan dengan suasana di kampung. Oleh
hal yang demikian, gambar tersebut adalah menepati dan memenuhi elemen
kesesuaian dari segi latar masa, latar tempat dan latar masyarakat yang
terlibat. |
Tema |
Sukan |
Rujukan |
Google Image |
Huraian |
Gambar di atas menunjukkan sukan bola sepak. Latar
tempat yang terlibat dalam gambar tersebut ialah padang yang berumput hijau.
Watak yang ditonjolkan dalam gambar di atas ialah beberapa orang pemain
sedang merebut bola dan terdapat kelompok penonton yang berada di sekitar
kawasan padang tersebut. Latar tempat dan watak yang dirakam dalam gambar ini
telah mempamerkan elemen kesesuaian di antara kesemua perkara yang terlibat
dalam sukan bola sepak. |
Tema |
Sambutan Tahun Baru Cina |
Rujukan |
Google Image |
Huraian |
Gambar yang dinyatakan tersebut bersesuaian dengan
tema yang dikaitkan iaitu Sambutan Tahun Baru Cina di negara kita. Hal ini
dikatakan demikian kerana, gambar tersebut memaparkan tentang rakyat pelbagai
kaum yang bersama-sama meraikan perayaan Tahun Baru Cina dengan kaum Cina.
Selain itu, elemen teks yang memaparkan nama perayaan yang disambut ditambah
pada gambar tersebut bersesuaian dengan keadaan dan suasana ketika sambutan
yang digambarkan dalam gambar. Oleh hal yang demikian, gambar tersebut
diambil dan disunting menepati elemen kesesuaian. |
Tema |
Perlumbaan |
Rujukan |
Google Image |
Huraian |
Gambar yang dinyatakan tersebut bersesuaian dengan
tema yang dikaitkan iaitu perlumbaan. Hal ini dikatakan demikian kerana,
gambar tersebut memaparkan watak seorang pelumba motosikal GP yang sedang
membelok di selekoh tersebut. Grafik tersebut juga menunjukkan latar masa
ketika pelumba tersebut ingin membelok. Latar tempat yang terlibat dalam
gambar tersebut ialah di litar perlumbaan motosikal GP. Oleh hal yang
demikian, gambar tersebut diambil dan disunting menepati elemen
kesesuaian. |
No comments:
Post a Comment